top of page
Store Owner

Welcome to ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

COMMITTED TO EXCELLENCE

Home: Welcome
Dry Lavender

MAKSUD KEPIMPINAN

KEPIMPINAN merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpin,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ia di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Terdapat juga kajian yang pernah dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan pretasi organisasi[1].Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

Learn More
Home: About
Cardboard Boxes

MAKSUD ORGANISASI

ORGANISASI & PERTUBUHAN MERUPAKAN

Pertubuhan atau organisasi adalah satu penyusunan sosial yang mengejar matlamat kolektif, mengawal prestasinya sendiri, dan mempunyai satu sempadan yang memisahkannya daripada persekitaran. Perkataan organisasi datangnya dari bahasa Inggeris organisation yang asalnya adalah perkataan Yunani iaitu organon ya itu sendiri berasal dari perkataan yang lebih dikenali ergon yang bermaksud "organ" - satu petak untuk tugas tertentu.

Boxes

ORGANISASI

JENIS-JENIS ORGANISASI:

Terdapat pelbagai jenis organisasi rasmi, termasuk syarikat, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, angkatan tentera, badan amal, syarikat bukan untuk keuntungan, perkongsian, koperasi, dan universiti. Sesebuah organisasi hibrid merupakan sebuah badan yang beroperasi di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta pada masa yang sama, memenuhi tugas awam dan membangunkan aktiviti pasaran komersial. Sesebuah persatuan sukarela merupakan sebuah organisasi yang terdiri daripada sukarelawan. Organisasi tersebut mungkin boleh beroperasi tanpa undang-undang rasmi, bergantung kepada bidang kuasa, termasuk kelab tidak rasmi. Organisasi juga boleh beroperasi secara rahsia dan / atau secara tidak sah dalam kes kumpulan kongsi gelap, organisasi jenayah dan pergerakan penentang.

Stack of Boxes

ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI:

Kajian organisasi termasuk memberi tumpuan bagi mengoptimumkan struktur organisasi. Menurut sains pengurusan, kebanyakan organisasi manusia secara kasar jatuh kepada empat jenis:

  • Jawatankuasa atau juri

  • Ekologi

  • Matrix organisasi

  • Piramid atau hierarki

Home: Inventory

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH

terletak di Bandar Baru Muadzam Shah dan merupakan sekolah menengah pertama dibina di Bandar ini iaitu pada tahun 1983. Pengetua sekolah ini sekarang dipimpin atau diketuai oleh Haji Izalludin Bin Mat Nor. Jika adanya pengetuan sudah pasti ada penolong kanannya. Penolong kanan pentadbiran ialah Cikgu Azman Bin Mahat, penolong kanan hal ehwal murid pula ialah Cikgu Ariffin Bin Mat Tahir, penolong kanan kokurikulum pula ialah Cikgu Hajah Norida Binti Saidin dan penolong kanan program persediaan universiti ialah Cikgu Azmat Bin Mohamed. Ini ialah antara organisasi berstruktur garis di SMK Muadzam Shah.

Online Shopping
Young Businesswomen

OBJEKTIF KAJIAN :

1. MENGENAL PASTI JENIS KEPIMPINAN YANG DISENANGI DALAM ORGANISASI SESEBUAH SEKOLAH.
2.MENGANALISIS JENIS KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH.
3.MENENTUKAN SATU CIRI KEPIMPINAN YANG PERLU DIAPLIKASIKAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH.

JENIS KEPIMPINAN

DEMOKRATIK : GAYA KEPIMPINAN YANG MELIBATKAN BANYAK PENYERTAAN PEKERJA DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI DIKENALI SEBAGAI PENGURUSAN PARTI ATAU DEMOKRATIK. SARAN DAN PENDAPAT ORANG BAWAHAN DIBERI KEPENTINGAN. SESUNGGUHNYA MEREKA SERING BERUNDING, MENGENAI PERKARA YANG BERBEZA.

Done Deal

DEMOKRATIK LEBIH DIGEMARI RAMAI KERANA:

APABILA MENCAPAI KEBERKESANAN, KEPIMPINAN DEMOKRATIK ADALAH SATU LANGKAH KE HADAPAN DARIPADA KEPIMPINAN AUTOKRATIK.
ORANG BOLEH MEMBUAT PILIHAN ANTARA KEDUA-DUA GAYA KEPIMPINAN, DENGAN MEMPERTIMBANGKAN MATLAMAT DAN BAWAHAN SERTA-MERTA. APABILA MATLAMAT SEGERA KEBIMBANGAN ADALAH PENINGKATAN OUTPUT DAN KEPERLUAN BAWAHAN UNTUK KEMERDEKAAN RENDAH, GAYA KEPEMIMPINAN AUTOKRATIK MEMBUKTIKAN DENGAN LEBIH BAIK. WALAU BAGAIMANAPUN, MATLAMAT SERTA-MERTA CENDERUNG UNTUK MENJADI KEPUASAN KERJA SERTA BAWAHAN MEMERLUKAN TAHAP KEMERDEKAAN YANG LEBIH TINGGI, GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK ADALAH YANG TERBAIK.

Home: Services
Business Owner

Opening Hours

COME VISIT

Mon - Fri: 9am - 6pm
Sat: 10am - 2pm
Sun: Closed

Home: Opening Hours

SEKOLAH PILIHAN KAJIAN

SMK MUADZAM SHAH

Smk Muadzam Shah, Jalan Sekolah, 26700 Muadzam Shah, Pahang

KEE2102

09-452 2171

Home: Contact
Collaborating

METODOLOGI KAJIAN & RUJUKAN

YOU ASKED, WE ANSWERED

Home: FAQ

SUMBER PRIMER

i) temuduga
ii) soal selidik
iii) google form

SUMBER SEKUNDER

hasil daripada sumber primer yang dikumpul dan membuat pengumpulan data dari segi:
i) graf
ii) carta pai

RUJUKAN

1) Nur Fazlin Fadzil dan Jamalul Lail Abdul Wahab. (2020). Kepimpinan  Demokatik Pengetua Dan Integriti Guru Di Sekolah-Sekolah Menengah Zon Semenyih.


2) http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap/article/view/10949/5129. Tarikh 27 September 2020 Huang Hat Leong. (2009). Gaya Kepimpinan Pengetua. Apa Kata Guru Sekolah?.


3)http://etd.uum.edu.my/4827/2/s802728_abstract.pdf. Tarikh 21 Disember 2009 https://www.slideshare.net/premaselvi_veeraiah/kepimpinan-33739944 http://eprints.ums.ac.id/55712/3/BAB%20I.pdf

WhatsApp Image 2021-04-19 at 22.30.17.jp

SEKIAN, TERIMA KASIH

SITI KHAIRULLYNA ASYRAFIKA BINTI IBRAHIM

Home: Image
bottom of page